DOKUMENTARI KHALEEF BATEQ EPISOD 1 : “Antara Tauhid dan Tradisi” Kehidupan tradisional suku Bateq kini berhadapan dengan perubahan besar. Pembaharuan dan pengenalan kepada ilmu amat mencabar bukan sahaja bagi MAIK, UniSZA, JAKIM, JAKOA & PERKIM. Gabungan usaha dari pelbagai agensi kerajaan bergabung tenaga untuk membawa pembaharuan pendidikan kepada masyarakat Bateq. Matlamatya adalah untuk memperkenalkan ilmu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sambil menghormati dan memelihara adat dan budaya mereka Bagaimanakah suku Bateq akan menerima dan meninggalkan cara hidup tradisional demi masa depan generasi mereka?
Sebahagian anak-anak Bateq memilih untuk tidak kembali ke asrama. Mereka merindui kebebasan dan keakraban keluarga di kampung. Ini adalah kisah mereka, tentang dilema antara pendidikan dan ikatan keluarga. Integrasi dalam kehidupan masyarakat Bateq bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan penuh kesabaran. Jangan ketinggalan menonton Dokumentari Khaleef Bateq Episod 2 : "Di Persimpangan Ilmu & Rindu" pada 24 Februari 2025 jam 10 pagi hanya di www.tvikim.my
Azman, seorang Ikon Kampung Lebir, dikenali sebagai simbol perpaduan antara iman, tradisi dan kemodenan. Azman kini menjadi peminpin yang dihormati di Kampung Lebir. Pasukan dari Universiti Sultan Zainal Abidin, atau UniSZA, datang dengan sebuah misi yang mulia. Mereka ingin memberikan kejutan dan membawa harapan kepada Azman dan komuniti di Kampung Aring 5 dengan membina mini perpustakaan.