Proportion
PROMOSI IKIM - Episod 4

PROMO VIDEO: FARAID DAN PERANCANGAN PEWARISAN

FARAID DAN PERANCANGAN PEWARISAN =================================== BELI SEKARANG: www.ikimniaga.my =================================== Buku ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan faraid dan perancangan pewarisan umat Islam. Ia mengandungi enam bab yang disusun mengikut urutan yang membantu memudahkan para pembaca memahami perkara-perkara yang dibahaskan. Perkara-perkara tersebut termasuklah konsep harta dan hukum serta falsafah faraid menurut Islam. Selain itu buku ini turut mengandungi bab yang mengupas isu harta beku yang berpunca daripada kegagalan dan kelewatan pewaris dalam menyelesaikan urusan pembahagian pusaka selepas kematian pemilik harta. Bagi membantu pembaca memahami bentuk-bentuk perancangan pewarisan pula, satu bab khusus yang mengandungi cara pengiraan faraid dan kaedah perancangan pusaka yang disertakan dengan contoh-contoh berkaitan turut dimuatkan di dalam buku ini. Manakala dalam dua bab terakhir, para pembaca buku ini akan didedahkan dengan prosedur-prosedur yang perlu dilalui pewaris serta bidang kuasa institusi-institusi yang terlibat dalam proses pembahagian pusaka di Malaysia.
Horizontal Banner

AL-QURAN DAN PERADABAN Buku Al-Quran dan Peradaban ini menggarap dimensi penting peradaban Islam yang dicetuskan oleh Al-Qur’an. Lima bab daripada karya ini membahaskan kerangka besar peradaban Islam manakala empat bab yang lain membahaskan persoalan semasa berasaskan petunjuk Al-Qur’an. Jika anda berminat untuk memiliki buku ini atau ingin memilikinya, anda boleh layari www.ikimniaga.my atau hubungi talian 03-6204 6388 / 6389.

00:00:00 /

Buku Islam dalam Perlembagaan Persekutuan ini memberikan satu sudut pandang tentang kedudukan Islam dalam Perlembagaan. Kelebihan buku ini ialah ia menumpukan perbincangan kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang meletakkan kedudukan istimewa dan kukuh kepada agama Islam serta institusi-institusinya. Jika anda berminat untuk memiliki buku ini atau ingin memilikinya, anda boleh layari www.ikimniaga.my atau hubungi talian 03-6204 6388 / 6389. #IKIM #RADIOIKIM #IKIMNIAGA

00:00:00 /

Buku ini menghuraikan tentang teknologi terkini dalam industri pemakanan, iaitu penghasilan daging bukan dengan cara penternakan haiwan tetapi dalam makmal. Daging yang terhasil dinamakan Daging Kultur. Jika anda berminat untuk memiliki buku ini atau ingin memilikinya, anda boleh layari www.ikimniaga.my atau hubungi talian 03-6204 6388 / 6389.

00:00:00 /

Buku Islam & Pemuliharaan Biodiversiti ini diterapkan dengan elemen pendekatan islam bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang aspek kelestarian alam sekitar dan biodiversity yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama yang wajib dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Jika anda berminat untuk memiliki buku ini atau ingin memilikinya, anda boleh layari www.ikimniaga.my atau hubungi talian 03-6204 6388 / 6389. #IKIM #RADIOIKIM #IKIMFM #BUKUIKIM

00:00:00 /

Buku Filantropi Islam dan Wakaf Korporat di Malaysia ini memperihal tentang konsep kedermawanan menurut pandangan Islam dengan memfokuskan tema wakaf korporat dan peranan-peranan yang mampu dimainkannya dalam konteks kemaslahatan ummah dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sebagainya. Jika anda berminat untuk memiliki buku ini atau ingin memilikinya, anda boleh layari www.ikimniaga.my atau hubungi talian 03-6204 6388 / 6389.

00:00:00 /

Masyarakat Menua:Realiti dan Cabaran =============================== Karya ini membincangkan realiti perubahan demografi masyarakat dunia termasuklah Malaysia disebabkan jangka hayat yang lebih panjang. Bab pertama dan kedua menyorot secara umum tentang penuaan dalam al-Quran dan kesannya ke atas kesejahteraan ekonomi dan sosial. Bab ketiga pula memuatkan data-data penting negara berkaitan demografi dan perubahan penduduk yang menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah status negara dan masyarakat menua. Kesan perubahan demografi ke atas ekonomi pula diperincikan di dalam bab keempat. Dua bab terakhir mengupas perubahan peranan wanita dan kesannya terhadap demografi serta strategi jangka panjang dan keperluan penjagaan kesihatan untuk warga emas bagi memastikan kesejahteraan mereka. Layari : www.ikimniaga.my

00:00:00 /

Pemilikan Rumah Realiti Dan Cabaran Isu pemilikan rumah sentiasa diletakkan sebagai agenda tertinggi negara demi kesejahteraan rakyatnya. Apatah lagi pemilikan rumah merupakan antara isu keperluan ekonomi golongan muda kini. Dengan memiliki rumah bermakna golongan ini telah berjaya mengumpul aset hartanah mereka. Bahkan memiliki rumah adalah satu impian golongan muda. Namun begitu, sejauhmanakah impian ini akan tercapai sekiranya harga pasaran rumah melambung tinggi ekoran peningkatan nilai hartanah? Menurut satu kajian, negara kita menduduki tangga ke-15 dalam kalangan negara yang mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi pada suku pertama 2014. Kenaikan harga ini pasti memberi kesan kepada golongan muda untuk memiliki rumah sendiri sedangkan rumah merupakan keperluan asas. Memandangkan rumah merupakan keperluan asas dan mempunyai kaitan yang rapat dengan pemeliharaan matlamat syariah maka pemilikan rumah di negara ini penting diberi keutamaan. Justeru, buku ini membincangkan kepentingan pemilikan rumah dan pendekatan terbaik bagi memastikan golongan muda memiliki rumah serta beberapa panduan berkesan bagi memudahkan urusan pembelian dan seterusnya pemilikan rumah. #2018 #Buku #pemilikan #Rumah

00:00:00 /

Rangkuman Kewangan Perspektif Kewangan Islam Beli di www.ikimniaga.my Rangkuman kewangan (financial inclusion) merupakan suatu agenda penting dalam kewangan negara dan sentiasa diberi keutamaan. Usaha rangkuman kewangan di Malaysia terus dipergiat dan dipertingkat apabila agenda rangkuman kewangan secara rasminya telah dimaktubkan dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009. Buku ini membincangkan agenda rangkuman kewangan dari perspektif kewangan Islam di Malaysia dan memberi hala tuju masa hadapan untuk agenda ini terus berkembang ke arah mempertingkat kesejahteraan ekonomi ummah. Buku ini juga akan memberi cetusan kepada pengembangan ilmiah dan kajian selanjutnya dalam bidang ini.

Footer Banner