SECEBIS PENGORBANAN– AidilAdha 1437H/2016 terbitan TVIKIM Daging & darah binatang korban itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah SWT, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu… (Surah Al-Hajj – Ayat 37) Aidil Adha 1437H/2016 SECEBIS PEGORBANAN – Sebuah kisah kehidupan seorang anak muda yang diuji untuk memberi tanpa mengharapkan pulangan. Sampaikan secebis kebahagiaan di Aidil Adha ini dengan penuh keikhlasan.
"Pentingnya Amalan Norma Baharu ketika sambutan Aidilfitri bagi memutuskan penularan Wabak COVID-19" Umat islam disarankan untuk mengawal Penularan Virus COVID-19 terutamanya ketika musim perayaan Aidilfitri. Amalkanlah gaya hidup Norma Baharu dengan mematuhi saranan pihak kerajaan seperti penjarakkan sosial, tidak pulang beraya ke kampung dan tidak berkumpul secara beramai-ramai ketika ziarah menziarahi. Selamat Hari Raya Aidilfitri! #covid19 #stayathome #sosialdistancing
SINOPSIS : AMMAR IKIM sebagai institusi yang menyokong kempen MY Families #QuranHour disamping memberi kesedaran tentang kepentingan dan keperihatinan yang perlu dikongsi kepada masyarakat. Mengambil 1 dari tema yang dipetik dari surah Luqman ayat 31:19 yang bermaksud "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". Video yang mengisahkan seorang anak (AMMAR) yang tidak mempunyai adab ketika bercakap dengan kedua orang tuanya, sehinggalah satu hari Ammar mengalami kecelakaan sehingga mengakibatkan peti suaranya mengalami kecederaan dan tidak mampu mengeluarkan suara. Ammar yang memerlukan masa untuk pulih telah menyesali perbuatannya selama ini. Video pendek ini telah mendapat tempat saguhati di dalam pertandingan Video Pendek anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Perkongsian tentang kejayaan anak di group-group whatsapp semakin rancak. Muat naik gambar kekayaan dan kejayaan menjadi riak di Facebook. Muat naik status kesihatan dan kehamilan menjadi-jadi di Instagram. Kerana tiada rasa sensitivity dalam berbicara, tanpa disedari perkara ini sedikit sebanyak telah menerbitkan rasa riak dan merenggangkan ikatan silaturahim dikalangan rakan taulan dan ahli keluarga. “Sesungguhnya Allah S.W.T mewahyukan kepadaku agar kalian bersikap rendah hati hingga tidak seorang pun yang bangga atas yang lain dan tidak ada yang berbuat aniaya terhadap yang lain” HR Muslim.