Saksikan Majlis Pelancaran Koleksi Khas Tamadun Islam (KTI) Perpustakaan IKIM yang berupa 8001 naskhah bahan daripada koleksi peribadi 3 orang profesor & kurator di Amerika Syarikat. 200 orang berdaftar pertama dan menonton siaran langsung akan menerima sebuah ‘Special Coffee Table Brochure’ 40+ halaman secara PERCUMA. Daftar sekarang di https://bit.ly/ktilaunch https://www.facebook.com/465133043503486/posts/3863881783628578/?extid=5h5gmsqMLPBKBF0w&d=n
“PROMOSI KOLEKSI ETIKA PERPUSTAKAAN IKIM” PSIKOTERAPI RABBANI: MENDEPANI TRAUMA PSIKOLOGI DENGAN MENGHAYATI KISAH MARYAM ALAIHAS SALAM Perkongsian yang disampaikan oleh En. Khairul Azhar bin Idris, Felow Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS) berkaitan salah satu buku Koleksi Etika di Perpustakaan IKIM bertajuk Psikoterapi Rabbani: mendepani trauma psikologi dengan menghayati kisah Maryam ‘alaihassalam yang ditulis oleh Dr. Fawziyah Salih al- Khulayfi. Buku ini mengupas berkenaan definisi trauma psikologi, jenis-jenis trauma psikologi dan tanda gejala serta simptom daripada trauma psikologi yang dialami oleh Maryam ‘alaihassalam.
“PROMOSI KOLEKSI ETIKA PERPUSTAKAAN IKIM” RISALAH AL-AKHLAQ Perkongsian yang disampaikan oleh En. Muhammad Amirul arif bin Abu Bakar, Pembantu Penyelidik (Sambilan) Perpustakaan IKIM berkaitan salah satu buku Koleksi Etika di Perpustakaan IKIM bertajuk Risalat al-Akhlaq yang ditulis oleh al-Imam ‘Adud al-Din al-Iji (d. 756H). Di dalam kitab yang sama, terdapat sebuah risalah atau syarahan kepada kitab Risalah al-Akhlaq yang dikarang oleh al-‘Allamah Tashkopruzadeh (d. 968H). Keistimewaan buku ini ialah menghimpunkan 3 orang tokoh ulama dan tokoh ilmuwan dari zaman yang berbeza, iaitu dari zaman al-Imam ‘Adud al-Din al-Iji, pada zaman al-‘Allamah Tashkopruzadeh, dan juga pada zaman kini iaitu Dr. Ibrahim Solah al-Hudhud.