Telah berlangsung The 3rd Global Muslim Mental Health Conference (GMMHC) 2025 pada 7 Julai 2025 bertempat di Royal Park Hotel, UNITEN Bangi, Selangor yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan. Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Malaysian Association of Drug Addiction Counselors (MADAC), Association of Muslima for Nurture and Advocacy (AMNA), Association of Psychological Professions KKM (PSIKEM) dan International Institute of Muslim Mental Health and Family Therapy (IMHAFT). GMMHC 2025 bertujuan menghimpunkan pakar, penyelidik, pengamal dan pemimpin komuniti Muslim dari seluruh dunia untuk membincangkan isu kesihatan mental serta pemulihan ketagihan dalam kalangan umat Islam global.