Justice as a Pillar of Nation-Building Pada Sabtu, 26 Julai 2025, bertempat di Asoka Hall, Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya acara berprestij 17th Swami Satyananda Memorial Lecture 2025 yang menghimpunkan tokoh-tokoh pelbagai latar untuk membincangkan peranan keadilan dalam pembinaan negara. Salah satu sesi yang paling mencuri perhatian adalah syarahan daripada Dato’ Dr Mohamed Azam, bertajuk: "The Jurisprudence of Coexistence in a Multicultural Society in Malaysia." Beliau mengupas dengan mendalam bagaimana prinsip keadilan dalam masyarakat majmuk Malaysia boleh dijadikan asas kestabilan dan keharmonian negara, melalui pendekatan perundangan yang adil serta nilai-nilai hidup bersama yang saling menghormati.