Episod 1: Konsep Kalimah Toyyibah & Perumpamaannya Apakah sebenarnya maksud Kalimah Toyyibah? Al-Quran menggambarkannya seperti pohon yang baik: akarnya kukuh, cabangnya menjulang tinggi – melambangkan iman yang mantap, akidah yang benar, dan amal soleh. Kalimah Toyyibah ialah tutur kata yang baik, sopan, berhemah, yang membawa manfaat kepada penutur dan pendengarnya. Saksikan bagaimana konsep ini menjadi asas pembinaan masyarakat MADANI. Jom bersama-sama hayati Gagasan Kalimah Toyyibah – demi akhlak mulia, komunikasi beradab, dan Malaysia MADANI di www.tvikim.my #KalimahToyyibah #MalaysiaMADANI #IKIM
Episod 2: Prinsip Kalimah Toyyibah Apa yang menjadikan suatu perkataan itu baik? Antara prinsipnya: - Suci – tidak bercanggah syarak. - Benar & Tepat – ucapan jelas lagi tepat. - Lemah Lembut – walau kepada musuh. - Mulia & Mesra – khususnya kepada ibu bapa & sesama insan. - Berkesan & Hikmah – menyentuh hati dan membina jiwa. Kalimah Toyyibah mendidik lidah kita agar seiring dengan akhlak mulia Islam. Jom bersama-sama hayati Gagasan Kalimah Toyyibah – demi akhlak mulia, komunikasi beradab, dan Malaysia MADANI di www.tvikim.my #KalimahToyyibah #MalaysiaMADANI #IKIM
Episod 3: Aspirasi Kalimah Toyyibah dalam Institusi Masyarakat Bagaimana Kalimah Toyyibah membentuk masyarakat? Ia mendidik kita untuk: - Berinteraksi sihat tanpa mengira bangsa & agama. - Berlaku adil walaupun terhadap musuh. - Berbahas dengan berhemah, bukan mencaci. - Menyebar mesej kebaikan di media sosial. Hasilnya, lahirlah masyarakat yang beradab, harmoni dan penuh kasih sayang. Jom bersama-sama hayati Gagasan Kalimah Toyyibah – demi akhlak mulia, komunikasi beradab, dan Malaysia MADANI di www.tvikim.com #KalimahToyyibah #MalaysiaMADANI #IKIM
Episod 4: Aspirasi Kalimah Toyyibah dalam Tadbir Urus Apabila pemimpin dan rakyat membudayakan ucapan yang baik: Negara dibina atas hormat, toleransi & tanggungjawab bersama. Pemimpin beretika jadi teladan, menghindari ucapan provokatif dan fitnah, sebaliknya menyampaikan kebenaran dengan hikmah. Inilah asas membina negara MADANI yang harmoni, sejahtera dan penuh inspirasi. Jom bersama-sama hayati Gagasan Kalimah Toyyibah – demi akhlak mulia, komunikasi beradab, dan Malaysia MADANI di www.tvikim.my #KalimahToyyibah #MalaysiaMADANI #IKIM