“Saya terfikir — kalau ditahan, mereka akan dicampur dengan tahanan lelaki dan wanita lain. Ruang itu bukan tempat untuk seorang anak kecil. Saya tak sanggup biar dia menyerap aura negatif lokap, apatah lagi membesar dengan trauma hanya kerana dia dilahirkan tanpa pilihan.” Maka dengan rasa Empathy & Sympathy saya mengambil keputusan di luar kebiasaan: membawa wanita dan anak itu pulang ke rumah dan uruskan untuk pulang ke negara mereka. saya tahu… kalau bukan saya yang melihat mereka dengan belas ihsan, siapa lagi?” Ia bukan soal undang-undang semata-mata, tapi soal kemanusiaan, naluri keibuan, dan prinsip Islam yang mengangkat maruah manusia tanpa mengira bangsa atau status. Sempena bulan kemerdekaan, Wanita Dalam Islam (WDI) membawakan tetamu istimewa, Laksamana Pertama Maritim (M) Zulinda binti Haji Ramly, Pengarah Bahagian Pembangunan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Ikuti kisah keberanian & jihad moden seorang Muslimah dalam mempertahankan kedaulatan negara serta keseimbangan antara amanah kerjaya ekstrem dan kehidupan peribadi.
Episod Istimewa Hari Malaysia: “Menakluk Langit, Menewaskan Stereotaip” Istimewa sempena sambutan Hari Malaysia 16 September, Wanita Dalam Islam mengetengahkan kisah luar biasa Leftenan Kolonel Norhana bt. Abd Manaf, juruterbang helikopter wanita pertama TUDM yang pernah mengemudi pesawat Alouette III dan Nuri serta menjalani latihan di Norway dan United Kingdom. Kisah beliau membuktikan bahawa langit bukan hanya milik lelaki, dan bahawa Islam tidak pernah menghalang wanita untuk berjaya. Sebaliknya, wanita Muslimah mampu berdiri gagah sebagai inspirasi buat generasi muda, seiring dengan semangat Hari Malaysia yang meraikan keberanian, pengorbanan dan penyatuan bangsa.