Berkat Halalan Toyyiban “Dari ladang ke meja anda, membawa berkat Halal dan Toyyiban” Podcast Berkat Halalan Toyyiban dibawa khas oleh IKIM dengan Kerjasama Nestlé Malaysia, akan mengupas kepentingan Halal dan Toyyiban dalam industri dan bagaimana Syarikat multinasional seperti Nestlé Malaysia mengaplikasikannya demi menjaga keterjaminan produk Halal. Podcast ini turut boleh di tonton di TVIKIM, Facebook dan Youtube IKIMfm. Episod 1: Pengenalan kepada Amalan Halal & Toyyiban dalam industri Pengacara: Faiz Haji Othman Panelis: Dr. Mohd Aizam Masód Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pematuhan Syariah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Nasrul Hadi Mohd Nor Ketua Hal Ehwal Halal, Nestlé Malaysia
Episod kali ini akan membicarakan proses pensijilan Halal di Malaysia. Bagi pengusaha yang merancang untuk mendapatkan sijil Halal pada tahun 2025 rancangan ini pastinya akan memberi banyak panduan berguna. Memahami Proses Pensijilan Halal di Malaysia Isnin, 23 Disember 2024 Jam 8.30 - 9.30 pagi Rancangan akan ke udara di IKIMfm, https://www.tvikim.my/live.php dan Platform Media sosial IKIMfm dan tvIKIM
PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Episod ini membincangkan amalan terbaik dalam memastikan bahan mentah halal, seperti memastikan pembekal diiktiraf halal dan menjalankan pemeriksaan teliti. Selain itu, ia menekankan kepentingan audit berkala, dokumentasi yang jelas, dan latihan kakitangan untuk memastikan kepatuhan kepada piawaian halal. Amalan Terbaik dalam Perolehan Bahan Mentah Halal Jangan ketinggalan!
PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Pentingnya memastikan bahan mentah halal sebelum menghasilkan produk akhir! Dengarkan penjelasan mendalam daripada Ustaz Muhyidin (JAKIM) dan Ustaz Amri (MyHAC) dan pelajari juga peranan JAKIM & MyHAC dalam pensijilan halal dan bagaimana analisis makmal memainkan peranan penting dalam memastikan status halal produk. HALAL : BAHAN MENTAH VS PRODUK AKHIR Jangan ketinggalan!
PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Dengarkan perkongsian tentang tip dan amalan terbaik ketika berada di bazar Ramadan bersama Ts. Shamsiah binti Aziz (Pegawai Teknologi Makanan, Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan) & En Mohd Aidil Fitri Mohd Anwar, (Pengurus Jualan, Nestle Malaysia). BAZAR RAMADAN: TIPS DAN AMALAN TERBAIK Jangan ketinggalan! Isnin 17 Februari 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"
PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Dengarkan perkongsian tentang cara mengatur diet seimbang agar kekal cergas dan bertenaga sepanjang bulan yang mulia ini bersama-sama Prof Dr Bakaratun Nisak binti Mohd Yusof, Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan & Hepa),UPM dan Nurul Iliani binti Ahmad, Pengurus Hal Ehwal Regulatori dan Saintifik, Nestlé Malaysia. DARI SAHUR KE IFTAR: NUTRISI SEIMBANG DI BULAN RAMADAN Jangan ketinggalan! Isnin 3 Mac 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"
PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Dengarkan perkongsian tentang “IFTAR BERKAT, TANPA PEMBAZIRAN”. Berbuka dengan penuh keberkatan, tanpa pembaziran. Mari amalkan sikap sederhana dan berusaha untuk berkongsi rezeki dengan yang memerlukan sepanjang Ramadan bersama panel undangan Al-Fadhil Ustaz Abdul Haziq Izzat bin Abdul Wahid. Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pn. Laili binti Ismail. Naib yang Dipertua PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) IFTAR BEKAT, TANPA PEMBAZIRAN Jangan ketinggalan! Isnin 17 Mac 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"
Menyelami kupasan topik "Rezeki Dikongsi Bersama" dalam podcast Berkat Halalan Toyyiban bersama tetamu undangan Kapten Bersekutu (Pa) Shahril Bin Mohamad Ketua Cawangan Audit & Aduan & Encik Silatul Rahim Bin Dahman D.J.N., K.M.W Pengerusi Dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) istimewa, membincangkan bagaimana konsep halalan toyyiban bukan sahaja merujuk kepada makanan yang halal dan bersih, tetapi juga mencakupi keberkatan dalam cara rezeki diperoleh dan diagihkan. Jangan ketinggalan! Isnin 7 April 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"
Podcast Berkat Halalan Toyyiban | Episod 10 -21 April 2025 (Isnin) -8:30 pagi – 9:30 pagi -tvIKIM, radio IKIMfm & platform media sosial IKIM Episod ke-10 menampilkan kisah kejayaan OmCorp Sdn Bhd, syarikat tempatan yang berkaliber. Bersama pengacara Faiz Hj Othman, dua tetamu jemputan berkongsi pengalaman dan inspirasi: -Puan Mazidah Bt Mohamed Zain – Pengarah Urusan, Omcorp Sdn Bhd -Siti Hazlin Bt Jantan – Pengurus Operasi Halal, Nestlé Malaysia Perbincangan merangkumi: Sejarah penubuhan OmCorp & kolaborasi awal bersama Nestlé Sokongan agensi kerajaan & Nestlé kepada usahawan tempatan Kriteria menjadi pembekal kepada syarikat multinasional Cabaran dan peningkatan kualiti produk serta produktiviti Program kolaborasi bantu 144 peserta dari 53 syarikat raih pensijilan Halal Perancangan masa hadapan OmCorp dalam memperluas perniagaan Tonton & dengar secara langsung melalui: -tvIKIM – www.tvikim.my -Radio IKIMfm -Platform media sosial IKIMfm & tvIKIM #BerkatHalalanToyyiban #IKIM #tvIKIM #IKIMfm #Omcorp #NestleMalaysia #UsahawanHalal #InspirasiPerniagaan #PodcastIKIM
Podcast Berkat Halalan Toyyiban | Episod 11 - 5 Mei 2025 (Isnin) - 8:30 pagi – 9:30 pagi - tvIKIM, radio IKIMfm & platform media sosial IKIM Episod ke-11 ini mengupas bagaimana prinsip halalan toyyiban bukan sekadar patuh syariah, malah menjamin tahap kebersihan dan keselamatan makanan. Perbincangan bersama pakar industri dan kesihatan ini membongkar peranan sistem halal dalam melindungi pengguna serta meningkatkan standard makanan di Malaysia. - Tonton & dengar secara langsung melalui: - tvIKIM – www.tvikim.my - Radio IKIMfm - Platform media sosial IKIMfm & tvIKIM #BerkatHalalanToyyiban #IKIM #tvIKIM #IKIMfm #Omcorp #NestleMalaysia #UsahawanHalal #InspirasiPerniagaan #PodcastIKIM
Dalam episod ini, Berkat Halalan Toyyiban membincangkan bagaimana kemajuan sains dan teknologi memberi kesan besar terhadap kehidupan masyarakat moden — daripada inovasi dalam industri makanan halal, keselamatan produk, hingga kemudahan dalam kehidupan harian. Perbincangan turut menyentuh cabaran etika, kepatuhan syariah, dan peranan teknologi dalam memastikan produk kekal halalan toyyiban. Ikuti kupasan menarik bersama tetamu jemputan yang berkongsi pandangan tentang bagaimana kita boleh memanfaatkan kemajuan ini dengan cara yang berkat dan bertanggungjawab. PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Jangan ketinggalan! Isnin 19 Mei 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"
"Korban Disempurnakan, Resepi Dikongsi Bersama" Episod kali ini mengangkat semangat ibadah dan kebersamaan melalui ibadah korban yang penuh makna. Membincangkan pengertian sebenar halalan toyyiban dalam konteks penyembelihan korban — dari adab dan syarat sah sembelihan, pengurusan daging dengan penuh amanah, hingga ke hikmah sosial dan spiritual yang tersirat. Lebih menarik, episode kali ini turut berkongsi pelbagai resipi menarik berasaskan daging korban yang bukan sahaja lazat tetapi menepati prinsip toyyiban — bersih, sihat, dan memberi manfaat. Dari resipi tradisional seperti biryani daging dan sate hinggalah ke olahan moden yang mesra kesihatan. Dapatkan juga resepi ekslusif dari MAGGI dan Chef Sharifah Hamidah. PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Jangan ketinggalan! Isnin 2 Jun 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"
Dalam episod kali ini, Podcast Berkat Halalan Toyyiban menampilkan dua tetamu dalam dunia pengurusan kualiti dan keselamatan makanan, iaitu Anas Noor (Pengurus Kualiti Kumpulan, Nestlé Malaysia/Singapura) dan Sazly Azizuddin Bin Sahami (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN Pulau Pinang). Perbincangan akan menyentuh peranan penting Sistem Jaminan Kualiti dalam memastikan pematuhan terhadap piawaian halal yang ditetapkan, termasuk cabaran industri dan kepentingan kolaborasi antara sektor swasta dan pihak berkuasa.
Episod 15: Pelabelan Makanan Episod ini menekankan kepentingan membaca dan memahami label makanan sebagai panduan membuat pilihan pemakanan yang bijak. Selain memastikan produk mempunyai logo halal yang diiktiraf JAKIM, pengguna juga perlu cakna terhadap kandungan nutrisi, ramuan, dan maklumat pemakanan yang tertera pada label. Kefahaman ini bukan sahaja membantu menjaga kesihatan, tetapi juga memastikan setiap suapan benar-benar menepati prinsip halalan toyyiban. PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Jangan ketinggalan! Isnin 30 Jun 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"
Episod 16: PIAWAIAN HALAL DALAM INDUSTRI LOGISTIK Dalam episod ke-16 membincangkan topik penting berkaitan "Piawaian Halal dalam Industri Logistik" yang bakal membuka mata tentang peranan besar logistik dalam memastikan integriti halal sesuatu produk terjamin dari kilang hingga ke pengguna. Bersama-sama dua tetamu istimewa En. Ahmad Arafat bin Ahmad Suhaimi, Eksekutif Kanan Halal dan Gudang 3PL, Pusat Pengedaran Nestlé, yang berkongsi pengalaman dan cabaran dalam memastikan pematuhan halal di peringkat pengedaran dan Prof. Madya Kehormat Dr. Harlina Suzana Jaafar dari Jabatan Teknologi dan Pengurusan Rantaian Bekalan, UiTM Puncak Alam, yang memberikan perspektif akademik dan kepakaran dalam pengurusan rantaian bekalan halal. PODCAST BERKAT HALALAN TOYYIBAN Jangan ketinggalan! Isnin 14 Julai 2025 Jam 8.30 - 9.30 pagi Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #IndustriHalal #SokongPetaniTempatan #TVIKIM #IKIMfm"
Dalam episod kali ini, kami membincangkan secara mendalam tentang perkembangan dan transformasi sistem pensijilan halal di Malaysia, satu aspek penting dalam menjamin integriti dan keyakinan masyarakat terhadap produk dan perkhidmatan halal. Bersama dua tokoh penting dalam bidang ini: - YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Penyelaras Hal Ehwal Halal, Jabatan Perdana Menteri - YBrs. Tn. Hj. Othman bin Md Yusoff Penasihat Industri, Dasar Halal Negara Perkongsian mereka menyentuh cabaran semasa, hala tuju masa depan pensijilan halal serta peranan Malaysia sebagai peneraju dalam industri halal global. - Pengacara Jemputan: Al-Muhsin Podcast Berkat Halalan Toyyiban | Episod 17: Sistem Jaminan Kualiti: Kunci Pematuhan Halal
Podcast Berkat Halalan Toyyiban – Episod 18 Tajuk: Halal@School – Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya Episod ini menampilkan perbincangan penting tentang kepentingan pendidikan halal bermula di peringkat sekolah. Dengan tema "melentur buluh biar dari rebungnya", perbincangan ini membawakan pandangan ilmiah dan praktikal daripada dua tokoh berpengalaman: - Prof. Dr. Azman Ab Rahman, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia - Cik Amirah Ahmad Kamal, Pengurus Pembangunan Halal, Nestlé Malaysia Turut dikendalikan oleh Al-Muhsin selaku pengacara jemputan, episod ini mengajak penonton untuk memahami bagaimana kesedaran halal boleh diterap sejak usia muda sebagai asas kepada gaya hidup halalan toyyiban. Jangan lepaskan episod ini – hanya di tvIKIM - Tonton & dengar secara langsung melalui: - tvIKIM – www.tvikim.my - Radio IKIMfm - Platform media sosial IKIMfm & tvIKIM #BerkatHalalanToyyiban #IKIM #tvIKIM #IKIMfm #NestleMalaysia #UsahawanHalal #InspirasiPerniagaan #PodcastIKIM
Episod kali ini membawakan tajuk “Evolusi dan Aspirasi Standard Halal Malaysia” yang akan membincangkan perkembangan serta hala tuju standard halal di negara ini. Bersama dua tetamu istimewa, Tn Hj Sariffuddin Mahmud, Pengerusi Kumpulan Kerja SMiIC Standard Halal on Board Meals dan Terminal Halal, serta Fakheezah Binti Borhan, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Standardisasi, Jabatan Standard Malaysia. Mereka akan berkongsi pandangan tentang cabaran, peluang, dan aspirasi dalam memperkukuhkan standard halal Malaysia agar terus diyakini di peringkat global. - Tonton & dengar secara langsung melalui: - tvIKIM – www.tvikim.my - Radio IKIMfm - Platform media sosial IKIMfm & tvIKIM #BerkatHalalanToyyiban #IKIM #tvIKIM #IKIMfm #NestleMalaysia #UsahawanHalal #InspirasiPerniagaan #PodcastIKIM
Podcast Berkat Halalan Toyyiban Episod 20 membawa topik menarik bertajuk “Nestlé Sayang Komuniti: Pantai Terjaga, Lautan Terpelihara”. Episod kali ini membincangkan usaha pemeliharaan alam sekitar khususnya kebersihan pantai dan lautan, serta peranan komuniti dalam menjaga kelestarian sumber semula jadi. Bersama tetamu jemputan: Prof. Madya Dr. Yusof Shuaib Ibrahim (Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu) YM Raja Nurmaria Murni Raja Nur Azmi (Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Nestlé Malaysia) Dikendalikan oleh Faiz Hj Othman, episod ini akan menyelami inisiatif tanggungjawab sosial Nestlé bersama komuniti, cabaran pencemaran laut, serta langkah-langkah praktikal yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam memelihara keindahan dan kesejahteraan alam sekitar. - Tarikh: 8 September 2025 (Isnin) -Masa: 8.30 pagi - Hanya di tvIKIM & IKIMfm - Tonton & dengar secara langsung melalui: - tvIKIM – www.tvikim.my - Radio IKIMfm - Platform media sosial IKIMfm & tvIKIM #BerkatHalalanToyyiban #IKIM #tvIKIM #IKIMfm #NestleMalaysia #UsahawanHalal #InspirasiPerniagaan #PodcastIKIM
✨ Halal Malaysia: Merentasi Sempadan, Menyatukan Dunia Dalam episod ke-21 Podcast Berkat Halalan Toyyiban, kami membawakan perbincangan eksklusif bersama YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Episod ini menyelami bagaimana sistem pensijilan halal Malaysia diiktiraf secara global, peranannya dalam memacu ekonomi halal, serta strategi Malaysia dalam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju industri halal antarabangsa. Dato’ Dr. Sirajuddin turut berkongsi wawasan, cabaran, dan inisiatif terkini JAKIM dalam memastikan produk halal terus diyakini dan menepati prinsip halalan toyyiban. Eksklusif di aplikasi tviKIM dan www.tvikim.my Bersama tetamu istimewa: YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Pengacara: Faiz Hj Othman Saksikan rancangan ini secara langsung di tvIKIM, https://www.tvikim.my/live.php dan juga di platform media sosial IKIMfm, tvIKIM serta di IKIMfm #Podcast #PodcastHalal #HalalMalaysia #tvikim #ikimfm
“Inisiatif Nestlé For Healthier Kids (N4HK): Membina Generasi Sihat & Cergas” Sertai kami untuk mengetahui bagaimana program N4HK oleh Nestlé membantu membentuk gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak serta menyokong usaha membina masyarakat yang lebih aktif dan cergas! Bersama dua tetamu istimewa, Leong Ven Luan (Pengurus Pemakanan Nestlé Malaysia) dan Prof. Dr. Mahenderan Appukutty (Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia), episod ini akan mengupas bagaimana kerjasama antara sektor korporat dan profesional pemakanan boleh membentuk generasi yang lebih sihat, cerdas dan berdaya saing. Episod ini turut memberi panduan kepada ibu bapa, guru, serta masyarakat dalam mendidik anak-anak mengenai pentingnya pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal yang konsisten.