Buat pertama kalinya dalam sejarah penyiaran Malaysia, sebuah program podcast diterbitkan dari dalam institusi penjara. Bukan Maksum – Ibrah dari Tirai Besi, sebuah rancangan terbitan TVIKIM dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, akan mula disiarkan pada 1 Syawal 2025 jam 3 ptg di www.tvikim.my. Rancangan ini diterbitkan oleh Norhaffizah, Penerbit Rancangan Kanan TVIKIM, dengan objektif bukan sekadar berkongsi kisah, tetapi bertujuan untuk memberikan ibrah dan pengajaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental & punca kepada salah laku jenayah. Dengan pendedahan ini, masyarakat diharapkan lebih memahami punca salah laku dan bagaimana setiap individu berhak diberi peluang kedua untuk berubah. #BukanMaksum #Podcast #Penjara #Banduan #Prospek #tvikim #SembangRealiti
Episod 2: "Bicara Menyembuhkan – Peranan Psikologi di Sebalik Tirai Besi" Dalam episod ini, bersama Tn. Abd Haris b. Mohd Darudin, Ketua Seksyen Pegawai Psikologi, Penjara Kajang menyelami dunia pemulihan dari sudut yang jarang dilihat masyarakat luar — iaitu psikologi banduan. Bukan semua luka boleh dirawat dengan ubat, ada luka yang hanya boleh sembuh melalui bicara dan pendengaran. Bagaimana sesi-sesi kaunseling dan rawatan psikologi membantu banduan mengenal kembali diri mereka? Apa cabaran sebenar bila berdepan dengan individu yang telah hilang arah dalam hidup? Episod ini membuka ruang empati dan kefahaman, bahawa walaupun seseorang pernah tersilap, tidak bermakna mereka tiada peluang untuk menjadi lebih baik. Kadang-kadang, yang mereka perlukan hanyalah seseorang yang sudi mendengar.
Episod 03: "Luka Seorang Bapa, Derita Sebuah Keluarga" Dalam episod yang penuh emosi ini, kami membawakan kisah benar seorang guru vocal dikenali sebagai Salleh (bukan nama sebenar). Disabitkan hukuman 20 tahun di sebalik tirai besi atas kesalahan jenayah seksual. Kisahnya bukan sekadar tentang satu jenayah, tetapi juga tentang kegagalan seorang lelaki dalam memimpin keluarganya sebagai seorang suami dan bapa. Podcast ini bukan sekadar sebuah pengakuan, tetapi juga satu iktibar buat para pendengar. Saat amanah sebagai bapa dikhianati, dan anak menjadi mangsa kepada kekeliruan, kesedihan, dan kealpaan. Tonton Bukan Maksum episod 3 di www.tvikim.my 25 Julai 2025 jam 11 pagi.
Bila Minda Terluka, Tingkah Laku Tersasar Episod ini merungkai bagaimana gangguan kesihatan mental yang tidak dirawat boleh mendorong seseorang bertindak di luar kawalan hingga melakukan kesalahan besar. Dari balik tirai besi, Tn.Razman bin Mohamad, Pegawai Psikologi Penjara Kajang. berkongsi kisah luka emosi yang akhirnya membawa kepada jenayah. Sebuah peringatan bahawa setiap tingkah laku ada puncanya — dan setiap manusia perlukan ruang untuk difahami, bukan sekadar dihukum. Melalui penceritaan yang jujur dari balik tirai besi, kita diajak merenung bagaimana ketidakstabilan emosi dan mental boleh menjadi pencetus kepada salah laku, termasuk jenayah. Sebuah episod yang mengajak pendengar untuk tidak hanya menilai kesalahan, tetapi memahami akar kepada kegagalan dan kekhilafan. Kerana di sebalik setiap perlakuan, ada kisah luka yang belum sembuh. Tonton Bukan Maksum episod 3 di www.tvikim.my 25 Julai 2025 jam 11 pagi.
Dulu Berkuasa, Kini Merana Dalam episod kali ini, Bukan Maksum membongkar kisah benar seorang banduan yang dahulunya merupakan penjawat awam. Dengan kuasa di tangan, dia terjebak dalam kesalahan salah guna jawatan dan amalan rasuah yang akhirnya meragut segalanya — kerjaya, maruah, dan kebebasan. Perbualan ini membuka mata tentang bagaimana tekanan, peluang, dan kelemahan iman boleh mendorong seseorang ke jalan salah, walaupun pernah dihormati masyarakat, episod ini juga mengetengahkan penyesalan, harapan, serta usaha banduan tersebut mencari keampunan dan peluang kedua.
Episod kali ini menampilkan tetamu istimewa En. Mohd Shahril bin Yahya, Ketua Inspektor Penjara KA6, yang berkongsi tentang fungsi jabatan penjara dalam memastikan kelancaran program prospek di penjara. Perbincangan menyentuh peranan penting pihak penjara dalam mewujudkan suasana yang teratur, selamat, dan bebas daripada ancaman jenayah yang boleh menggugat keselamatan penghuni serta warga kerja. Episod ini membuka ruang pemahaman lebih mendalam tentang usaha berterusan pihak penjara menjaga kesejahteraan dan keselamatan institusi pemulihan negara.
Episod ini mengupas kisah prospek yang terjerumus dalam jenayah paling berat – membunuh dengan niat. Ia membongkar perjalanan hidup yang membawa kepada perbuatan tersebut, tekanan emosi dan keputusan salah yang meragut nyawa insan lain. Perbincangan turut menyingkap bagaimana Islam melihat kesalahan besar ini, implikasi undang-undang, serta ruang taubat dan penginsafan bagi mereka yang pernah tersilap langkah. Kisah ini menjadi peringatan bahawa setiap nafsu amarah dan keputusan singkat mampu membawa padah yang tidak tertebus, namun rahmat Allah sentiasa terbuka untuk mereka yang benar-benar bertaubat. Tonton Bukan Maksum episod 7 di www.tvikim.my 26 September 2025 jam 11 pagi.
Bukan Maksum Episod 8: Di Sebalik Jeriji – Tanggungjawab dan Amanah Bukan Maksum mendekati sisi kehidupan seorang Ketua Inspektor Penjara Kajang yang berkongsi pengalaman sepanjang menjalankan tugas di sebalik tembok penjara. Beliau mendedahkan realiti menjadi barisan hadapan dalam menjaga keamanan dan keselamatan penghuni serta pelawat penjara — satu amanah besar yang menuntut ketegasan, empati dan keikhlasan. Episod ini membuka mata penonton terhadap cabaran sebenar anggota penjara yang bukan sekadar menjaga tahanan, tetapi juga berperanan dalam memulihkan insan dan memastikan sistem keadilan berjalan dengan penuh berperikemanusiaan. Ikuti perkongsian eksklusif ini hanya di www.tvikim.my 10 Okt 2025 jam 11 pagi.
Bukan Maksum | Di Sebalik Tali Gantung Di sebalik dinding penjara, ada cerita yang buat kita terdiam. Seorang banduan akhir berkongsi perjalanan hidupnya — dari dosa, penyesalan… hingga mencari makna taubat sebelum tali gantung menanti. Ini bukan kisah tentang hukuman. Ini kisah tentang peluang terakhir seorang manusia untuk kembali kepada Tuhan. #BukanMaksum #PodcastIKIM #Taubat #Penjara #RealStory Ikuti perkongsian eksklusif ini hanya di www.tvikim.my 24 Okt 2025 jam 11 pagi.