MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Taubat dan Normalisasi Dosa" Dalam dunia serba terbuka ini, dosa bukan sahaja dilakukan secara terbuka malah semakin dinormalisasikan. Apa yang dulunya dianggap jijik, kini menjadi trend. Apa yang dulu ditangisi, hari ini dirai dan dipertahan. Namun, Allah tidak pernah menutup pintu taubat bagi hamba-Nya yang ingin kembali. Persoalannya, adakah kita masih merasa bersalah, atau sudah terbiasa? Saksikan Mau’izah Hasanah, bersama Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi untuk menyelami maksud sebenar taubat, serta bagaimana untuk menentang normalisasi dosa dalam kehidupan seharian.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Ikhlas: Amal Tanpa Hashtag" Dalam dunia hari ini, ramai mahu kebaikannya dilihat dan disukai. Tapi ikhlas bukan tentang sorakan manusia, tapi tentang redha Allah. Ikhlas itu - buat tanpa harap balasan. Ikhlas itu - bantu tanpa perlu bukti di media. Ikhlas itu - biar amal tak trending, asalkan diterima Tuhan. Beramallah walau tiada siapa nampak, kerana Allah sentiasa memerhati. Saksikan Mau’izah Hasanah, bersama Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi untuk menyelami maksud sebenar taubat, serta bagaimana untuk menentang normalisasi dosa dalam kehidupan seharian.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Al-Quran dan Bising Dunia Moden" Dalam dunia yang semakin bising dengan notifikasi, hiburan tanpa henti, dan kekalutan berita, ke manakah tempat hati ini untuk berlindung? Al-Quran hadir bukan hanya sebagai bacaan, tetapi sebagai penawar. Penawar bagi kekeliruan, kebisingan, dan kekosongan yang kita tak sedar telah mengisi hidup.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Ada Wifi, Tapi tak Connect dengan Allah" Di zaman serba canggih ini, kita mudah berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Ada wifi, ada data, semuanya lancar. Tetapi, bagaimana pula dengan "wifi" kita dengan Allah SWT? Adakah ia juga lancar, atau seringkali terputus-putus? Jom muhasabah diri. Walaupun kita sentiasa online di media sosial, solat kita mungkin masih tertangguh. Walaupun kita tahu banyak berita dunia, kita kurang membaca Al-Quran. Dalam kesibukan mengejar dunia, adakah kita sedar bahawa "connection" kita dengan Pencipta semakin lemah?
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Adab Pergaulan dalam Dunia Terbuka" Kita hidup di zaman serba terbuka — sempadan dunia semakin hilang, perhubungan tanpa batasan, dan interaksi berlaku sekelip mata. Namun, adakah kita masih menjaga adab dan batas pergaulan yang diajar agama? Dalam dunia moden, adab bukan sekadar sopan santun, tetapi benteng diri, maruah, dan iman. 15.08.2025 (Jumaat) 4.15 petang www.tvikim.my & IKIMfm Hayati dan perbaiki diri, demi iman, demi akhirat.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Mengapa Meniru Mereka?" Dalam kehidupan hari ini, ramai yang secara tidak sedar begitu kagum dengan budaya luar sehingga meniru pakaian, gaya hidup, bahkan cara berfikir yang jauh daripada nilai Islam. Sedangkan Allah SWT telah mengurniakan kita satu cara hidup yang lengkap, mulia dan penuh panduan. Persoalannya, “Mengapa kita masih meniru mereka?” Apakah kerana kita merasa rendah diri dengan identiti sendiri? Atau kerana kita lupa bahawa Islam itu sudah sempurna untuk memandu kehidupan kita? 29.08.2025 (Jumaat) 4.15 petang www.tvikim.my & IKIMfm Hayati dan perbaiki diri, demi iman, demi akhirat.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Solat dan Notifikasi, Apa Prioriti Kita" Dalam dunia moden hari ini, hidup kita dipenuhi dengan pelbagai notifikasi — mesej, e-mel, media sosial, berita dan hiburan yang seolah-olah tidak pernah berhenti. Setiap kali telefon berbunyi, pantas tangan kita menyambutnya. Namun, apabila azan berkumandang, berapa ramai yang benar-benar menyahut panggilan Ilahi tepat pada waktunya? “Solat dan Notifikasi, Apa Prioriti Kita?” membawa kita merenung sejauh mana solat ditempatkan sebagai keutamaan dalam kehidupan. Adakah kita meletakkan seruan Allah melebihi segala urusan dunia, atau kita masih mendahulukan notifikasi kecil yang sering melalaikan?
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Lidah Digital: Jaga Lisan, Jaga Dosa" Di zaman serba digital ini, jari-jemari kita seolah-olah menjadi lidah baharu. Apa sahaja yang ditaip, dikongsi dan dikomen menggambarkan hati dan pemikiran kita. Jika dahulu kita dinasihatkan menjaga lisan daripada menyakiti orang lain, kini kita juga perlu menjaga lidah digital agar tidak mengundang dosa tanpa sedar. Kata-kata yang dilontarkan di media sosial boleh menjadi sumber pahala jika digunakan untuk menyebarkan ilmu, kebaikan, dan kasih sayang. Namun, ia juga boleh menjadi sebab kita menanggung dosa jika disalahgunakan untuk mengumpat, menyebar fitnah, menyakitkan hati orang lain atau menabur kebencian. 12.09.2025 (Jumaat) 4.15 petang www.tvikim.my & IKIMfm Hayati dan perbaiki diri, demi iman, demi akhirat.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Sabar Dalam Tekanan Hidup" Hidup ini tidak pernah sunyi daripada ujian. Ada kalanya kita diuji dengan kesempitan rezeki, kesihatan yang terganggu, tekanan pekerjaan, mahupun masalah dalam hubungan sesama manusia. Namun, di sebalik tekanan itu, Allah mengajarkan kita satu kunci yang sangat besar nilainya — sabar. Sabar bukan bererti kita hanya berdiam diri tanpa usaha. Sabar adalah kekuatan hati untuk tetap teguh, tidak berputus asa, dan terus berusaha dengan tawakkal kepada Allah. Sabar juga bermakna kita menahan diri daripada keluh kesah yang berlebihan, daripada menyalahkan takdir, dan daripada tergesa-gesa mencari jalan pintas yang mungkin menambahkan dosa. Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 153) Dalam setiap tekanan hidup, sabar itulah cahaya yang menenangkan jiwa, penawar yang menyembuhkan hati, dan jambatan menuju redha Ilahi. 18.09.2025 (Jumaat) 4.15 petang www.tvikim.my & IKIMfm Hayati dan perbaiki diri, demi iman, demi akhirat.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Rezeki Halal, Hati Tenang, Barakah Datang" Rezeki bukan sekadar apa yang masuk ke dalam genggaman, tetapi bagaimana ia diperoleh dan ke mana ia dibelanjakan. Rezeki yang halal adalah rahmat, penawar kepada keresahan jiwa, dan sumber ketenangan hati. Bila hati tenang, hidup lebih terarah, keluarga lebih bahagia, dan masyarakat lebih harmoni. Dari setiap rezeki halal yang disemai, hadir keberkatan yang mengalir bukan hanya pada diri, bahkan kepada generasi yang bakal mewarisi. Mari kita muhasabah diri – adakah rezeki kita benar-benar suci dari syubhah dan keraguan? Bersama-sama dalam Mau‘izah Hasanah minggu ini, kita renungi hikmah mencari rezeki halal yang mendatangkan tenang dan barakah dalam kehidupan. 25.09.2025 (Jumaat) 4.15 petang www.tvikim.my & IKIMfm Hayati dan perbaiki diri, demi iman, demi akhirat.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Silent Majority: Peka Isu Ummah atau Fokus Diri Sendiri" Kita melihat, kita membaca, dan kita tahu isu-isu umat di sekeliling kita, sama ada di peringkat global mahupun komuniti terdekat. Namun, majoriti dari kita memilih untuk DIAM. Persoalannya, adakah keheningan ini adalah kerana kita alpa dan hanya fokus pada kelangsungan hidup diri sendiri, keluarga, dan kerjaya? Atau, adakah 'diam' ini satu strategi – kita sedang giat memperbaiki diri (tarbiah diri) sebagai persediaan untuk bertindak kemudian? Mana satu pilihan kita? Peka Isu Ummah atau Fokus Diri Sendiri? Topik ini memerlukan perbincangan yang tulus dan berani. Ketahui pandangan Islam yang sebenar tentang tanggungjawab kita sebagai individu Muslim yang hidup dalam sebuah masyarakat yang besar. 03.10.2025 (Jumaat) 4.15 petang www.tvikim.my & IKIMfm Hayati dan perbaiki diri, demi iman, demi akhirat.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Kubur: Rumah Pertama yang Dilupakan" Sesungguhnya, kubur adalah rumah pertama yang akan kita tinggali setelah kehidupan di dunia ini berakhir. Ia menjadi tempat pertama yang akan menunggu kita, tempat pengadilan amal, tempat memperhitungkan setiap langkah dan amal saleh kita selama di dunia. Oleh karena itu, mari kita jadikan momen ini sebagai pengingat dan motivasi untuk selalu memperbaiki diri, memperbanyak amal kebaikan, dan meningkatkan keimanan. Ingatlah, semakin baik persiapan kita untuk menghadapi keadaan di alam kubur, semakin tenang hati kita menjalani kehidupan ini. Jangan sampai kita terlupa akan hakikat hidup yang sesungguhnya, bahwa kehidupan dunia hanyalah sementara. 17.10.2025 (Jumaat) 4.15 petang www.tvikim.my & IKIMfm Hayati dan perbaiki diri, demi iman, demi akhirat.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Seni & Sunnah: Mencari Estetika dalam Kehidupan Seharian" Islam adalah agama yang sempurna, ajarannya meliputi segala aspek, termasuk seni dan keindahan. Sunnah Rasulullah SAW bukan hanya panduan ibadah, tetapi juga panduan estetika hidup yang paling ideal — mengajarkan kita keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat. Dalam Mau'izah Hasanah ini, kita akan membincangkan bagaimana keindahan budi pekerti, kebersihan diri, dan keharmonian persekitaran yang dicontohkan oleh Nabi, menjadi seni hidup yang membawa ketenangan sejati. Inilah seni yang bernilai ibadah. 24.10.2025 (Jumaat) 4.15 petang www.tvikim.my & IKIMfm Hayati dan perbaiki diri, demi iman, demi akhirat.
MAU’IZAH HASANAH BERSAMA USTAZ JAFRI ABU BAKAR Tajuk Minggu Ini: "Hijrah Itu Awsome" Adakah kita benar-benar telah berhijrah, atau hanya sekadar bertukar penampilan? Jom bongkar rahsia menjadikan perubahan diri sebagai suatu perjalanan yang awesome dan penuh keredhaan Ilahi. Hijrah bukan tentang masa lampau, tetapi komitmen untuk masa depan yang lebih baik di sisi Allah SWT. Ketahui tips istiqamah dan cara menguruskan cabaran hijrah dalam dunia moden.