Setelah sebulan kita mendidik jiwa di madrasah Ramadan, kini tiba masanya kita meraikan kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusof Hj Othman, Timbalan Pengerusi IKIM, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia. Semoga kegembiraan Syawal ini menjadi penguat semangat untuk kita terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.