Sempena The 3rd International Summit of Religious Leaders 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), sebuah sesi temu bual eksklusif "Voices of Muslim Leaders" telah dibawakan khas untuk anda! Bersama tokoh jemputan istimewa, Sheikh Shady Kamel Alsuleiman, Presiden Majlis Imam Nasional Australia (ANIC), beliau akan berkongsi pandangan mendalam mengenai peranan Islam dalam memupuk keharmonian, erti sebenar koeksistensi, serta inspirasi daripada Piagam Madinah dalam mendepani realiti masyarakat pelbagai budaya hari ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkongsian padat dan amanat penting ini dalam usaha membina dunia yang lebih harmoni, saling menghormati, dan bersatu padu.
Sempena The 3rd International Summit of Religious Leaders 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), sebuah sesi temu bual eksklusif "Voices of Muslim Leaders" telah dibawakan khas untuk anda! Bersama tokoh jemputan istimewa, Sheikh Mohammed Mouaz Hafeji, Presiden Persatuan Muslim New Zealand, beliau akan mengupas topik hangat bertemakan "Addressing Contemporary Youth Challenges and Future Opportunities". Sesi ini membincangkan realiti cabaran teknologi, pengaruh media sosial, serta menjawab stereotaip sama ada generasi muda hari ini benar-benar rapuh ataupun ia merupakan kesan daripada corak didikan generasi terdahulu. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkongsian padat dan amanat penting ini dalam memahami cabaran belia moden serta mesej keamanan buat umat Islam dan bukan Islam untuk hidup bersama dalam damai.
Sempena The 3rd International Summit of Religious Leaders 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), sebuah sesi podcast eksklusif "Voices of Muslim Leaders" telah dibawakan khas untuk anda! Bersama tetamu undangan istimewa, Prof. Madya Dato' Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) beliau akan mengupas tajuk hangat "Keharmonian: Realiti atau Sekadar Retorik?". Sesi ini membincangkan erti sebenar koeksistensi berpandukan Surah al-Hujurat dan Piagam Madinah, serta membongkar cabaran besar keharmonian sosial era moden seperti ancaman fitnah media sosial dan teknologi Deepfake (AI). Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkongsian padat dan prinsip asas 'Lita'arafu' ini dalam usaha membina kesatuan dalam kepelbagaian demi masa depan negara yang lebih aman dan damai.
Sempena The 3rd International Summit of Religious Leaders 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), sebuah sesi temu bual eksklusif "Voices of Muslim Leaders" membawakan tokoh fatwa terkemuka dunia, Prof. Dr. Sheikh Nazir Mohamed Ayyad, Mufti Besar Mesir. Dalam episod ini, beliau memberikan penilaian kritis mengenai realiti belia Muslim hari ini yang mendepani pelbagai cabaran pemikiran dan sosial. Beliau turut berkongsi bagaimana institusi fatwa dan institusi keagamaan seperti Al-Azhar Al-Syarif menyesuaikan metodologi dakwah melalui platform digital bagi mendekati minda anak muda. Sesi diakhiri dengan pujian beliau terhadap model keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia serta pesanan sejagat agar manusia kembali kepada fitrah kemanusiaan demi menghentikan konflik dan peperangan global.